Sabtu, 4 Ogos 2012

Ucapan dari aQ..* penulis blog nie*

Aq sje jew nk wat ucapan nie, dismping nk ingt kn kowang and nk ilang kan kebosanan aQ nie...sblm aQ bagi cikgu ict aQ tgk blog aQ, aQ nak seru la kt kowang agar jAge la ape yg kte ade sleme nie conth cam ngare nie la, penat- penat pejuang kite bela nasib malaysia pada zaman dulu kala, so sekarang nie just kte x yah nak perjuang an pape pon, just suwuh jage jew ape yang ade lau kowang baik kowang naik kan la nme Malaysia nie...so sesuai nan topic blog ak an ucapan ak nie...huhuhu..so spe yang bace nie nak tau la ak spe just add aQ kat muka buku yerk taip name Pontianak Gigi Pendek yerk...huhuhu...k r kt cnie jew la ucpn ak, hah! lagi satu aQ nak mintak sape- sape yang bce blog aQ nie mintak doa kan aQ tuk berjaya di dunia dan akhrat tau, x pon tuk SPM tahun nie and nak dpt kan pendrive dari cikgu Basori...huhuhu..actually, pendrive ak hilang, so aQ nak topap balik la tanpa mengeluar kan duit aQ...huhuhu..bijak tak...k r, 2 jew...k bye..

ANTARA PEJUANG KEMERDEKAAN...


 TUN SIR HENRY H.S LEE 

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.



TUN V.T. SAMBANTHAN

Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India  yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam 
pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.

RENTAP

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.



MAT SALLEH

Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.


TOK JANGGUT

Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan.Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.


MAT KILAU


Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.



DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM

Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak yang berketurunan Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang British di Perak dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British 
Perak.






Jumaat, 3 Ogos 2012

VIDEO SEJARAH MALAYSIA:



SEJARAH KEMERDEKAAN

SEJARAH AWAL:

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisiran pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah , Beruas dan Gangga Negara diPerak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.


PENUBUHAN MALAYSIA:
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunai. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indanesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filifina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

BIODATA DATO' SRI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK.



Nama:
YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Tarikh Kelahiran:
 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang.

Pendidikan: 
St. John Institution, Kuala Lumpur
: Malvern Boy’s College di Worchestershire, England
 :Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United Kingdom.

Kerjaya:
:1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
:1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
: 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
:1982-1986 - Menteri Besar Pahang
: 1986-1987 - Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
: 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
: 1995-1999 - Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979.
  Beliau juga dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976.
Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.




BIODATA TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI


Nama:
 Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Tarikh Lahir:
26 November 1939.

Pendidikan Dan Kerjaya: 
: Menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964
 :  Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
 Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.
Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
:Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
:Menteri Pelajaran (1984-86);
:Menteri Pertahanan (1986-87)
:Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

: Pada 31 Oktober 2003, beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri.

Tempoh Menjawat:
31 Oktober 2003 – 15 September 2006



BIODATA TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD


Nama:
TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Kelahiran:
20 Disember 1925 di Alor Star Kedah Darul Aman.

Pendidikan:
: Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
: Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932.
: Sewaktu semua sekolah ditutup di era Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng.
 : Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran
:Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VIIUniversiti MalayaSingapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953
:Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

Kerjaya;
:Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila 
: Beliau  dilantik menjadi Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik,
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.
: Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai,
: Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
: Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. 
 Pada 10 Julai, 1981Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan.

Tempoh berjawat
15 September 1978 – 16 Julai 1981



BIODATA TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSIEN

                                                         


 Nama:
Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein

Lahir:
 Dilahirkan pada 11hb. Mac, 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang.

Pendidikan:
Didikan awal di: Sekolah Melayu Kampung.
Selepas habis sekolah meengah: Maktab Melayu Kuala Kangsar dan kemudiannya ke Raftles College Singapura untuk melanjutkan pelajarannya.
Seterusnye: menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln's Inn, London hanya dalam tempoh lapan belas bulan. 

Kerjaya:
: Beliau berhidmat dengan kerajaan Pahang sebagai Penolang Setiausaha Kerajaan.
: Beliau juga di lantik sebagai Ketua Pemuda UMNO.
: Pada tahun 1951 beliau  telah menjadi  Yang Dipertua UMNO 
:  Beliau juga menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang selama beberapa bulan pada tahun 1955. 
 Kemerdekaan dicapai waktu umur Tun 35 tahun bermulalah perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjangkau lebih 13 tahun. 
 Tun dikenali bukan sahaja sebagai Bapa Pembangunan tetapi juga sebagai Bapa Perdamaian.

Tarikh Kematian: 
14 Januari 1976


Khamis, 2 Ogos 2012

BIODATA DATO' ONN JAAFAR


Nama:
Dato'Onn Jaafar

Lahir:
 lahir pada tahun 1895.

Pendidikan:
 Beliau mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke England. Dato' Onn pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930. Pada tahun 1934, Dato' Onn menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga. Disamping itu, Dato' Onn juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa Zaman Pendudukan Jepun,

Kerjaya:
1946- dilantik menjadi Menteri Besar Johor
1948- Mengekalkan kedudukan raja-raja melayu
1954- Penubuhan Parti Negara 
1959- Berjaya mendapat satu kerusi dikawasan Parlimen Kuala Terengganu

Tarikh kematian:
1962- Tiada sesiape pon dapat melupakan  jasa Dato' Onn kepada negara dan bangsa. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka termasuk Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn. 





BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ





Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O.(Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.